Tuesday 30 October 2012

HAKIKAT JODOH


Alhamdulillah...
Tahun ini sahaja tdk terkira rasanya bilangan sahabat dan teman yg menjalinkan ikatan pertunangan dan mendirikan rumah tangga. Baru beberapa jam yg lalu saya mendapat berita dari satu-satunya sahabat baik lelaki saya sewaktu menuntut di Universiti dahulu menyatakan hasratnya utk menyunting bunga yg sudah lama disimpannya. Akhirnya mereka bersatu biar pelbagai halangan mendatang. Bersyukur kerana mereka dipermudahkan jodoh di muka bumi ini.

Tapi tak semua jodoh datang bergolek, ada insan yang perlu berusaha lebih sikit sebelum dipertemukan dengan jodoh mereka. Ibarat nak lulus periksa la kan. Ada org baca sikit boleh jawab banyak, ada org kena baca banyak2 baru blh jawab banyak kan kan.. heee Apalah, tak sepatutnya saya menyamakan jodoh dgn nak jawab periksa... hehehe tapi Ibaratnye begitulah... :-)

Jadi, janganlah sesekali menganggap org yg lambat sedikit jodohnya ini tidak pernah berusaha atau pun tidak berdoa, kerana mencari jodoh bukanlah semudah membeli ikan di pasar.. Ada sebab kenapa Allah pilih insan-insan ini utk dilambatkan sedikit jodohnya...Mengapa Lambat Jodoh? Baca jgn tak baca..

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.. Kalau ditanyakan pada saya siapa jodoh saya? Bila nak kawin? Maaflah sahabatku sekalian, kerana saya masih belum ada jawapannya. Allah masih belum izinkan saya bertemu dengan jodoh saya buat ketika ini. Kalau anda berani tanyakan saja soalan ini pada Allah.. Kerana, DIA yang menentukan Jodoh saya. Walaupun seringkali terguris dgn kata2 sinis insan-insan yg terlalu ingin tahu siapa jodoh saya, tapi saya tabahkan jua hati ini utk mendengarnya... Teringin mengatakan ini pada mereka " Bersyukur saja atas jodoh yg Allah berikan pada kamu, insyaallah jika tuhan izinkan saya akan belanja kamu nasi minyak satu hari nanti ". Tapi itu sekadar kata2 di hati.. Biasanya saya hanya mampu katakan ini pada mereka... "Carikanlah" dengan diiringi sebaris senyuman.

Ibarat kata2 yg saya modified sedikit kandungannya... 'Andai dia milik kita, biar seluruh alam membantah dia tetap akan jadi milik kita, dan andai dia bukan milik kita, biar seluruh alam bersetuju, dia tetap bukan milik kita"... dan saya sentiasa ingat kata-kata guru merangkap sahabat saya "The Right Time and The Right Man Will Come".. Yelah, mentang2 dia cikgu bahasa inggeris dia tgglkan saya dgn pepatah inggeris la kan.. But, She's Right! Dan kata2 ini sumber kekuatan untuk menangkis kata2 sinis yg dilontarkan pada saya. SIAPA TAHU RAHSIA ALLAH? Jodoh itu Rahsia Allah kan?

Makanya, saya berharap akan terus disuntikkan kekuatan dan kesabaran dalam menanti kehadiran jodoh saya.. Lagipun i'm sweet 25 ok.. hehe.. muda lagi kan kan kan... To All my beloved Friends, saya tersangat lah happy kerana korang dah dipertemukan jodoh.. Semoga berbahagia hingga ke Syurga... dan jgn lupa doakan saya ok...
wassalam...

ok, saya tgglkn coretan hari ini dgn gmbr2 sahabat saya yg telah pun mendirikan rumah tangga

"HEPY WEDDING"

       





"Perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat, Lelaki yg jahat utk Perempuan yg jahat, Perempuan yg baik utk Lelaki yg baik, Lelaki yg baik utk Perempuan yg Baik." 

BEGITULAH HAKIKAT JODOH YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN.



TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Friday 19 October 2012

KASIHAN MEREKA...

Semalam saya tak boleh tidur, memikirkan nasib anak didik saya.. Saya berada dalam Dilema.. semuanya kerana PBS. Saya tertanya-tanya dengan diri saya adakah saya perlu memberi band 4 kpd pelajar saya atau sebaliknya, kerana saya tahu berdasarkan kriteria yang diberikan masih ada yg belum layak mendapatkannya. Tapi saya KASIHANKAN mereka. Saya ingin membantu mereka, Saya ingin mereka cemerlang!!!  
        
                 Isnin lepas, untuk SATU SAHAJA eviden yang akan melayakkan mereka utk memperoleh band 4 bagi bahagian akhlak, saya telah meminta pelajar saya melukiskan sebuah POSTER bersaiz A4 sahaja tentang adab menuntut ilmu dan sepatutnya mereka menghantarnya pada petang tadi. Atas dasar prikemanusiaan, saya tdk ksh rupa bentuk poster berkenaan selagi ia menepati tajuk yg diberikan. Sebagai pulangan utk poster yang diberikan, saya berjanji akan memberikan band 4 utk semua pelajar saya bagi bahagian akhlak. 
                  
                Alangkah KECEWA nya saya kerana hanya terdapat 7 org sahaja drpd 24 org pelajar saya yg menghantar poster mereka pada hari ini. Sebak dada saya sehingga bergenang air mata... Inikah Generasi Y yg bkl mengoncang dunia satu hari nanti??? Tidak Mahukah mereka dengan keputusan yg cemerlang lagi??? sudah penatkah mereka berhadapan dengan PBS??? di mana USAHA mereka??? 
Ini kali kedua saya dikecewakan. Pertama, saya memberi tempoh SATU MINGGU pada pelajar saya utk menghafaz potongan ayat Al-Quran tidak melebihi 6 ayat. tapi saya dikecewakan. Andai  mereka tidak pandai membaca saya RELA membantu, Andai mereka tdk kenal huruf akan saya usahakan hingga mereka boleh mengenlnya.. Tapi, saya knl pelajar saya... bukan kerana mereka tdk boleh membaca, tetapi SIKAP mereka telah menjatuhkan diri mereka sendiri sehingga saya tdk boleh memberikan mereka band yg tinggi sebagaimana yg diidam-idamkan. Saya krg pasti mereka benar2 fhm akn konsep PBS atau sebaliknya. Apa yg saya dapati drpd kelas PBS yg saya jlnkan ialah :




  • Pelajar MALAS ke sekolah kerana hari2 terpaksa berhadapan dgn PBS 
  • Pelajar ttp TIDAK HADIR walau guru memberitahu esok akan dijalankan PBS. 
  • Pelajar KURANG BERUSAHA dan hanya bergantung kpd bantuan guru utk menjawab PBS. 
  • Pelajar lebih rela mendapat band yg RENDAH daripada terpaksa membuat bnyk kerja utk band yg tinggi. 
  • Pelajar TIDAK KISAH sekiranya guru mengugut tdk akan memberi band yg tinggi kpd mereka. 
  • PELAJAR SAYA TIDAK ADA MATLAMAT!!!!

Kasihan Mereka..
Semoga Allah membuka hati-hati mereka utk terus berusaha dan berjuang di medan Jihad si Pencari Ilmu. 

TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Thursday 11 October 2012

KISAH MAGGI SUP DAGING

Alkisah...
ha meh aku nak cerita kisah maggi sup daging. sebenarnya menu ni diperkenalkan oleh one of my besties MIMI... Dy suka order ni dulu masa kitaorang kat kafe kolej canselor UPM. aku tak tau la mana bdk ni dpt idea nak mkn benda ni. Mula-mula aku rasa dy pelik sbb order ni. tp lama2 aku pun terliur jgkla nk rasa kan... Kali pertama aku rasa xdelah sedap mana pun. Mungkin bergantung pada supnye jgkla.. Tapi skrg menu ni dah menjadi one of my list la... Sedap mkn kalw time takde selera... n n n yg penting mgkin menu ni lbh naik dr megi yg dimasak dgn rencahnye tu kan.... x caya????? cubalah sendiri... Yummy

                                           
 tadaaaaaaaaaaaa... aku baru pekena ni beberapa jam yg lalu. Memang masyukkk rasanya..
@Restoran Pha Pha Permas Jaya

* Rindu pulak kat bdk yg suka mkn maggi sup daging ni yg skrg berada kat srwk.. hmmm ntah dapat ke x dy mkn megi ni kat sana... ngeh ngeh ngeh
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Tuesday 9 October 2012

Semuanya BARU!

Ok.. hari ni aku pegi Kursus Pembinaan Blog utk Unit Bimbigan dan Kaunseling Sek aku. Banyak ilmu yg aku dpt kat situ...almaklumlah aku tak berapa suka mende2 ni sebenarnya tp kugagahkan juga utk fh..

Sekarang.... aku tgh excited dan teruja nk menggodeh sehinggalah blog aku berada dlm keadaan sebegini rupa. ok lah utk beginners mcm aku kn. dulu blog ni mmg 100% si unguisme yg buatkan, aku post aje... 

From Now on... aku dah guna identiti sendiri.. Inilah aku.. tp aku ambik warna ko unguisme.. heeee




dan sempena baby blog aku yg baru ni aku BERJANJI:

~Membuka Lembaran dan Cerita BARU dlm hidup aku
~Mencipta Azam yg BARU
~Membina semangat yg BARU
~Menjadi Elly yg BARU
~Pemikiran yg BARU
~Semuanya SERBA BARU
SAYA MAHU JADI ORANG BARU!!!

aku ambik jugak semangat dari kereta baru aku tu ok x? heeeee 
So, nantikan kemunculan AKU YANG BARU bersama dengan entri2 yg menyegarkan.. aicece semagat nampak! 

HARUSLAH!

Ok, tu sajelah utk mlm ni.. Chowszzz...Adios... Selamat Malam.. Assalamualaikum


TERIMA KASIH SUDI BACA!!