Sunday 24 November 2013

Kisah Aku dgn Sahabat Baik

Assalamualaikum..
ermm tiba2 malam ni saya terpanggil utk membuka kisah ini kpd semua. Actually baru lepas stalk FB dia.. Kui3.

Dia salah seorang sahabat baik saya semasa zaman Universiti. Saya tak tahu kenapa Allah kurniakan dia pada saya waktu itu. Yg 3 lg my besties tu da selalu saya ceritakan kat sini. Saya tak pernah cerita pasal dia pada sesiapa. Jarang buka cerita pasal dia. Dia seorang LELAKI.. Tetttt dengar dulu cerita ni sampai habis sebelum buat apa2 andaian hokeyyy.

Bagi saya dia seorang yang istimewa. Saya kenali dia secara tak sengaja sewaktu mengikuti aktiviti Kolej Canselor tercinta CIC yg ke berapa dah tak ingat. Masa jadi peserta tak kenal langsung sebab kami berbeza jurusan. Tapi masa jadi instructor tiba-tiba je jadi rapat. Dia Caring, bersahaja, selamba, sempoi yang paling saya suka sbb dia berilmu kerana dia banyak pengalaman. Setiap soalan yg saya tanya pada dia mesti ada jawapannya sama ada berbentuk joking atau serius. Dia suka kan nature sama macam saya. Sebab tu kita boleh jadi sahabat baik.

Ok.. As u know lelaki dan perempuan kalau berkawan tak menimbulkan kontroversi tak sah. Jujur saya suka berkawan dengan dia tapi tak de langsung perasaan nak bercinta sebab saya hormat pada status dia yg dah ada GF waktu tu. Niat saya hanya nak berkawan tapi disalahertikan oleh sahabat2 yang terlalu mengambil berat mungkin yang tanpa usul periksa mengatakan saya mahu merampas dia dari tgn GF dia waktu tu... Hadoiii kecoh la waktu tu.. Sori sikit saya tak berminat dgn isu2 begini. sesekali ingin juga saya "bahasakan" si pembawa cerita tapi berkat kesabaran saya tak la berlaku sedemikian. Malahan saya lah org yg selalu mengingatkan sahabat baik saya ni agr jgn lupakan GF dia tu. Tula lain kali tak tau tanye. Tapi saya dah maafkan org yg buat cerita tu. Kalau awak baca entry ni saya dah maafkan awak tau.

sampai praktikal masa kat Shah Alam dulu kami masih rapat. Malah semakin rapat sehingga kan saya jadi bimbang sebab saya tahu dia punya kekasih hati.. Tetapi hati lelaki kan... mudah goyah lebih2 lagi bila bergaduh dgn GF.. Hai laaa lelaki. sbb tu ada pepatah kata "kalau lelaki ada mslh jgn cari perempuan begitulah sebaliknya kerana ia akan membuka pintu kecurangan". Mcm tu punye rapat pun saya selalu nasihatkan dia agr berhubung dgn GF dia. Sbb saya sygkan dia sbg seorang sahabat. tak lebih dari tu. Walaupun hakikatnya kalau saya nak caras boleh sangat waktu tu. tettt... tapi saya bukan perempuan begitu. Saya menghormati hak perempuan lain. Walaupun sebenarnya belum hak pun lagi. huhu

Rupanya pertemuan yang diatur Allah tak kekal lama. Dia pernah bagitau saya "Kita Akan Kekal Kawan Sampai Bila2" ye betul kata dia kita mmg kawan sampai bila2. tapi ada sesuatu yg dia kurang jelas di sini. Lelaki dan perempuan x kan jadi kawan sampai bila2. kita ada cas positif dan negatif. Sejauh mana berkawan pasti ada perasaan. saya percaya itu. tapi susah nak memberi kefahaman pada sahabat saya yg seorang ini. Lebih2 lagi bila dia bagitau saya yg dia akan mengakhiri zaman bujangnya tak lama lagi. Sikapnya yg terlalu bergantung dgn saya buat saya risau sebab korg faham la kan bila org dah kawen ni. Saya gembira dgr berita tu labih2 lagi dia ingin menikahi perempuan yang mmg dah lama dia berhubungan. Saya salute dy sbb dia setia. Saya pun seorang yg setiaa tapi bukan dengan dia. Heh heh

Saya tak tahu apa yg mendorong saya. Bukan memutuskan silaturrahim tapi hanya menjauhkan diri sementara. Saya kenal dia dan saya dapat jangka apa yg berlaku pada masa hadapan sekiranya saya meneruskan hubungan dgn dia walaupun dgn title sahabat baik, BFF dan yg seangkatan dgnnya. Saya tak mahu menyakiti perempuan lain walaupun antara kami tak de apa2 yg berlaku. Saya menjauhkan diri hingga kini. Tapi tak berapa nak jauh jgk sbb kdg2 saya tgk FB dia nak tahu perkembangan. See bro Aku masih follow cite ko ok. Tadi saya nampak gambar bahagia dia bersama isteri. Saya tersenyum dan saya bangga dengan dia krn kini dia seorang ketua keluarga. Dah lama saya tak contact dia tapi saya rasa masa belum sesuai utk saya kembali berkawan dgn dia sbb isteri dia tak pernah tahu kehadiran saya dlm hidup sang suami walaupun dah berkali2 saya paksa masa saya berkawan dgn dia dulu. huhu (nampak tak..nampak tak)

See, setiap apa yg berlaku bersebab. Aku tau ko tak puas hati sbb aku ambil langkah macam ni. Tapi kita boleh kawal keadaan bro. Kalau ko tak sedar, aku sedar. Aku harap satu hari nanti ko akan faham. Ko jgn takut, aku tau perkembangan hidup ko tru FB la tapi aku tau ko tak tahu perkembangan aku sbb ko buta FB. haha. FB ko tu pun isteri ko yg slalu update. Sabar ea bro aku janji kita akan jadi kawan semula satu hari nanti.. Bila??? Mestilah bila aku dah jumpa dgn Zauj aku.. Masa tu ko akan bersahabat baik dgn dia jugak! I Like.. Ko jgn rasa kehilangan aku sbb doa aku sentiasa bersama ko dan isteri.. In Shaa Allah aku berdoa Allah akan sambungkan semula ukhuwah kita bila sampai waktunya nanti.... Aku berani tulis ni sbb aku tau ko takkan jumpe blog aku ni. Fb pun ko xreti lagilah nk berblog... Hahaha

Salam Persahabatan...
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)