Friday 22 March 2013

Bertemu Untuk Berpisah

Kelip-Kelip : Amy Mastura.

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti pelangi senja
Datang dan pergi..

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..

Pergi dan datang
Selalu berkasih sayang
Sepanjang hayat
Biar dikenang
Selalu bermurah hati
Budi yang baik
Di bawa mati..

Selalu berbuat jasa
Hidup yang ada jangan disia
Selalu merendah diri
Di dalam hati
Biarlah suci
Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..
Pergi dan datang

Offically, tamat perkhidmatan di SMK Permas Jaya. Banyak air mata yg tumpah hari ni.. huh. yelah dah lama bertakung kan akhirnya tumpah jua.. Allah maha Kaya. Di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan. Mmg berat hati dan kaki nak melangkah pergi tapi apakan daya siapalah kita nak menentang ketetentuan ilahi. Moga ada hikmah yg lebih besar di sebalik perpisahan ini. 

Dan hari ini diraikan dgn penuh sebak di dada dan takungan air mata. Sahabatku, Kawanku, Kakakku di UBK SMK Permas Jaya, kalian sentiasa dlm ingatan. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dlm keluarga kecil kalian. Terima kasih juga ats sambutan dan hadiah kenangan yg cukup bermakna. Semoga Allah temukan kita lagi di lain kesempatan.. 






 TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Tuesday 12 March 2013

Selamat Tinggal SMKPJ

Akhirnya....
berita yg ditunggu telah tiba.. Hari ini 12 Mac 2013, sampailah surat pertukaran saya ke SMK Permas Jaya 3 yg berkuatkuasa 16 mac ini. PINDAH???? tak pernah ada dalam kamus hidup saya buat masa ni. Tapi apa kan daya. Mmg sekarang ni PPD Pasir Gudang sdg giat membuat pergerakan guru-guru bagi menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah yg berkenaan. Bukan sekolah lain xde GBK lebih tapi dah mmg tertulis beginilah kesudahannya...

Bukan saya tak terima...
Tapi sebagai manusia sy punya perasaan
terkejut!
tergamam
tak terkata
tak bersedia
tak puas hati
sedih
Macam2 ada... Mungkin akan mengambil masa yg agk lama utk memujuk hati sendiri.

saya terima pertukaran ini walaupun tanpa rela.
Walaupun wujud perkara2 yg membuat kan saya kurang berpuas hati, apakah lagi pilihan yg saya ada melainkan MENURUT PERINTAH...
Sesekali bertanya pada diri kenapa AKU???
yelah kan ats alasan apa pulak BUKAN AKU??? kan kan kan.

PAling menyedihkan...
utk meninggalkan kawan2 yg sgt sporting dan understanding...
hmmm... tak guna juga utk saya kesali, sy ttp akn meninggalkan mereka.
jd Boss2 ni mmg best, suka2 leh suruh kita pegi.. nama pon bos kan..
emmmm

Tp tak pelah. Perjuangan Perlu diteruskan.
Di mana pun saya berada akan saya berkhidmat semampu dan seikhlasnya.
Mungkin di sana lebih memerlukan saya.
Kawan2 doakan saya kuat utk menghadapi segalanya.
semoga Allah permudahkan urusan saya..
Saya hanya merancang Allah yg menentukan
Sesungguhnya percaturan Allah adalah yg terbaik...

Selamat Tinggal warga SMK Permas Jaya.. Maaf andai ada kata yg mengguris, andai ada tingkah yg tersilap, andai ada senda yg terlebih maafkanlah. Terima kasih Atas segalanya... :-) Menjadi sebahagian daripada kalian adalah anugerah terindah yg akan sentiasa tersemat di lubuk sanubari ku...


TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Friday 1 March 2013

DEMI MASA

Sudah menginjak ke bulan 3 dalam tahun 2013..
Berapa banyak status saya lihat di FB mengatakan :

 "cepatnya masa berlalu"
" sekejapnya dah hari Jumaat"
" ek eh da masuk bulan 3"

Sebenarnya saya juga merasakan perkara yang sama cuma untuk meluah takut dikatakan kufur nikmat. Tidaklah saya kata org2 yang membuat post begitu kufur nikmat. Saya faham, mereka hanya meluahkan apa yang mereka rasa, Tidak salah begitu bukan? Bagaimana pun itu bukan persoalannya.

Pernah saya membincangkan isu ini bersama rakan kaunselor di sekolah saya. Kenapa kita rasa macam tak cukup masa? sedangkan Allah bagi kita 24 jam dalam sehari untuk kita membahagikan antara urusan dunia dan mengumpul bekalan di akhirat. Saya pernah teringat kata-kata seorang ustazah di mana beliau mengatakan seorang yang terasa tak cukup masa adalah orang yang tidak bersyukur. Sentiasa merasakan tidak cukup. Namun, saya bukanlah alim ulamak tidak arif untuk mengupas persoalan in, hanya sekadar mengingatkan diri sendiri.

Jikalau dahulu orang-orang mengatakan waktu itu berjalan tetapi sekarang terasa masa begitu pantas berlari. Isnin bertukar selasa, selasa berganti rabu, rabu bersilih khamis, khamis menginjak Jumaat, Seterusnya Jumaat dijemput Sabtu dan Ahad. Jika dahulu, menghadiri seminar atau mesyuarat sangatlah membosankan kerana jangka masa yang panjang, dari pagi hingga lah ke petang tengok jam berkali-kali mesti terdetik dalam hati lambatnye masa berlalu. Tetapi sekarang, tengok jam pukul 8, tengok lagi pukul 1, tengok sekali lagi dah pukul 5. "eh, da abes program?"

Astaghfirullah... Takutnya saya mengenang waktu-waktu yang berlalu. Apa yang telah saya lakukan sebagai persediaan menghadapi akhirat nanti? Apakah tandanya ini. Hasil pembacaan saya mendapati ini adalah petanda akhir zaman.. Akhir zaman kawan2.. Ma makna??? Apa maksudnya??

Maksudnya...

Kiamat semakin hampir!!!

Makanya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan bersenang-senang sahaja. Harus KEJAR masa berusaha gigih. Menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Persoalannya, BERSEDIAKAH KITA??? Dalam kesibukan memenuhi tuntutan duniawi, jangan lupa mengisi keperluan rohani, mempertingkat ibadah dan mengumpul pahala sebagai jambatan KE SANA...

Teringat juga saya pada usia yang semakin meningkat. Baru sahaja melepasi sambutan usia jubli perak setahun lalu, kini bertambah setahun lagi, Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang bernafas di muka bumi ini. Namun, Dalam hidup penuh gembira ini, Jangan di lupa bila-bila masa kita akan menyahut seruan Ilahi ' KEMATIAN' pasti kan datang menjemput... Bermuhasabahlah.

Ya Allah, andai aku terlupa, KAU ingatkanlah..

Jadi, untuk entry kali ini, saya tinggalkan anda dengan surah ini bersesuaian dengan topik entry saya kali ini. Semoga memberi manfaat.


Hidup Mati kerana Allah
 Muhasabah dan Audit diri, Kalau bukan sekarang Bila Lagi???






TERIMA KASIH SUDI BACA!!