Monday 14 November 2011

haiiiiiii... arini dgn rajinnya aku telah mencuba utk memasak MEE BANDUNG.. di sbbkn daging korban yg blom terkorban kat ice box rmh aku ni jd aku pon korbankanlah ia utk djadikan bhn utama dlm MEE BANDUNG aku... seperti biasa resepi telah di cedok di my resepi dgn sentuhan ubahsuai oleh aku sndiri.. kikiki hasilnyeeeee
tadaaaaaaa... dr segi rupa mcm ok kan an an.. tp dr segi rs aku tkleh la nk nilai.. org len yg kena bg mrkh.. tp kalw aku OK JER.... hehehe ni aku selitkn resepi sikit eh.. Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan ) • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan) • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) • 1 labu bawang putih (diketuk) • 5 biji bawang merah • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) • ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) • 1/2 cawan gula pasir • 3 - 4 cawan air rebusan daging • 1 sudu makan sos tiram • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) Cara-cara 1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali 3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 4. Masukkan sos tiram, udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam 5. Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2 6. Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri so simple.. tp msti korg lagi HEBATLAH dr ni!!!! tp igt kalw tak buat mmg takkn jadi... heheehhehe
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Friday 11 November 2011

AIR TANGAN AKU

hmm bila dah ada blog ni tak taula plak nk cite ape.. hehe sbnrnya sbb aku duduk rmh je kot, almaklumlah penganggur terhormat katakan.. so, xde la ape2 yg interesting nk di updated kn dlm khidupan aku ni... BTW aku cuma nk kogsi yg satu ni.. semalam, al kisahnya aku telah mencuba utk memasak LAKSA JOHOR ORI... tetiba tringin la plak nk mkn bila tgk ikan kembung bnyk dlm peti ais tu... makin mnjadi2 mengidam aku ni bila tgk MASTERCHEF msk laksa johor hari tu... sblum msk aku telah mencedok resepi dapi dari my resepi.. tp tlh aku ubh suai mengikut bhn2 yg ada kat rmh aku ni... dan hasilnya adalah............... tadaaaaaa
inilah hasil usaha aku...
siap air ribena lagi kat tepi tu k... haaaa inilah hasil air tgn aku.. hehe aku sndiri tak sgka yg aku tlh berjaya memasak laksa johor ni.... yg bestnya my mother smpat bg kat bespren dy lg... n bgtau " ha ni elly yg msk" ( bangga2 tahap gaban tdah ni) rs melayang2 je nk trbang ke bulan.. aiceh... hahahaahaha Akak aku sbg chef jemputan tlh memberi aku sebanyak 4 BINTANG... kwang3... kira berbakat jgklaa aku ni dlm bdg mskn ye... hahaahah prasan lah tu!!!!... agk2 leh tak aku msuk MASTERCHEF musim kedua??? ( ade ke?) hikhikhik... berengan je memanjang... ape pun aku impress dgn diri aku sndiri ( blh gtu?) huhuhu yelah asyik nk puji org je diri sndiri kna puji gak kan... MAKANYA DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA DAN KEZAMAN YG MEMUNCAK AKU AKAN MENCUBA RESEPI LAIN LEPAS NI... sj mengisi ms lapang agar musim pengangguran aku ni bermakna... hukhukhuk ok sebelum mengakhiri cerita aku mlm ni, aku selitkan resepi LAKSA JOHOR ORI yg aku cedok kat my resepi tu eh.. sape yg nk mencuba silakan.... :-)) LAKSA JOHOR ORI Bahan-bahan ( 12-15 orang ) • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut) • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) ** • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional) • udang basah 100gm • isi ikan kurau - 10 gram dibakar • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm • **Bahan B (dimesin)** • bawang besar - 3 biji • cili kering - 15 tangkai • halia - 2 ibu jari • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari • serai - 2 batang diketuk untuk tumis • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah) • santan pekat 1 kotak / lebih • 1 paket kerisik • 1 paket kecil rempah kari • bawang putih -3/4 ulas • **Bahan Hias** • limau kasturi belah 2 dan buang biji • timun di racik halus • tauge buang ekor (segar) • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) • bawang besar hiris halus • lada merah/lada hijau dihiris • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah) • Kicap kipas udang / kicap manis • ** Sambal Belacan • -lada merah 5/6 biji • -Belacan melaka - 30 gram dibakar • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji • Klik di sini untuk isi bahan Cara-cara 1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan 2. **Penyediaan kuah** 3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi 4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit 5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin. 6. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan 7. masukkan asam keping 8. tambah garam dan gula untuk rasa 9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk 10. **Sambal belacan** 11. mesinkan semua bahan dan hidangkan 12. SELAMAT MENCUBA P/S: aku cuma guna ikan kembung n udang kering sbg bhn utama sbb tk dpt cari udg basah n ikn yg len2 yg dinyatakan tu... huhuhu tp ttp SODAP kata org negeri sembilan. and aku tlh mengikut nasihat CHEF WAN utk meletakkn sedikit ikan kering dlm resepi ni... tp CHEF WAN guna ikan kering kurau aku guna ikn kering jeruk je... haahaha kreatif tak aku? lastly, teringat aku pada kata2 DR FAZILLAH KAMSAH satu ms dulu... " untuk meningkatkan daya kreatif yg kita sedia ada bermulalah dengan kreatif terhadap masakan" sekian WASSALAM, jumpa lagi di lain lembaran....
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Saturday 5 November 2011

SALAM AIDILADHA

Alhamdulillah krn masih dberi nikmat bernafas di muka bumi Allah ini untuk sekali lagi merayakan Hari Raya Aidiladha untuk sekian kalinya. Walaupun kemeriahan seakan menghilang tatkala usia yg semakin menigkat, seolah2 pengalaman beraya di zaman kanak2 semakin menjauh. (tanda aku dah tua ke? haha). Tapi aku ttp lg melunaskan kebiasaan yg aku lakukan pabila menjelang hari raya.. haaaa tahun ni oleh krn idea aku yg inginkan kelainan, kami sekeluarga menyediakan hidangan NASI BERIYANI tp tak taulah gam ke x gam timbus ke x timbus.. hehehe. tp sbb dh terbiasa, mak aku nk jgk msk ketupat cuma yg beza takde kuah lodeh utk raya kali ini.. ok sbb mak aku MASTERCHEF nya terpaksalah akur dgn kputusan my mother tu ye.. ape pon, MAK MSK MMG BEST!! OK saat dan ketika ini marilah kita sama2 renungkan sudah cukupkan kita lakukan pengorbanan selama ini??? haruskah kita berhenti di sini?... tentu sekali TIDAK buat aku.. bagi aku pengorbanan aku baru sahaja bermula.. dan aku msh lg mencari2 bentuk pengorbanan yg boleh aku lakukan bagi melengkapkan kehidupan aku di muka bumi Allah ini. dan semoga Allah sentiasa menerima apa yg aku lakukan KERANANYA... terasa terlalu KERDIL diri ini dan malu dgn TUHAN YANG MAHA PENCIPTA krn selama ini hidup msh belum pun lengkap dlm melaksanakan suruhanNYA.. tapi ttp akn aku usahakan agr IMAN di dada kembali menggunung.. Semoga di beri kekuatan untuk ISTIQAMAH di jalanNYA..Semoga hati ini akan sentiasa terbuka utk menerima segala kebaikan seterusnya melakukan pengorbanan ikhlas keranaMU ya ALLAH... amin.. dengan ingatan tulus ikhlas pada hari yg mulia ini. aku ingin mengucapkan SElaMAt HaRi RAYA AidilAdHA.. Semoga Allah cepat menyeru namaku untuk bertemuNYA di KAABAH...
SEDIAKAH aku sebagaimana mereka? INSYAALLAH.. Kesimpulannya, ada kata2 yg aku pinjam untuk renungan bersama... " SEBeSAr MAnapun PENGORBANAN kiTA Kpd ALLAH, TIdak beeRTi NilaiNya jikA diBAndingkaN dgn KElimpahAN Nikmat yg KitA TerimA " ALLAHUAKBAR! SALAM AIDILADHA
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Wednesday 2 November 2011

AKU PENGANGGUR

HMMMMM... tak baik mengeluh kn. tp inilah title aku skrg 'PENGANGGUR TERHORMAT'. sriusly aku mmg da bsn bergelar penganggur. Kira2 dah masuk 5 bln lah aku jd penganggur secara rasmi. lps abes praktikal aku trus lepak dok rmh je..Sbg graduan ISMP (ijazah sarjana muda pendidikan) aku sepatutnya tgh tggu posting skrg ni..Tp apakan daya. Tahun ini dikatakan posting telah dibekukan... borang permohonan GST (guru sandaran terlatih) yg sepatutnya kluar bln Ogos tak keluar2 gak smpai ke hari ini...kecewa sgt. ingtkan dpt bls jasa mak n abah cpt skit. rupa2nya ada dugaan lain yg mendatang.. tp aku redha. mgkin ada sesuatu yg Allah aturkn utk aku.. dan mungin juga belum ada rezeki untuk aku.. org kata ajal maut, jdoh pertemuan REZEKI telah ditentukan Allah S.W.T... cuma kena ada usaha jugalah supaya pintu rezeki akan sntiass terbuka dgn luas. antaranya denngan membaca surah Al-Waqiah setiap hari. antara fadilat yg diperoleh apabila membaca surah ini adalah seseorang itu tdk akan pernah jatuh miskin dalam hidupnya. semoga kita sama2 dibukakan hati utk mengamalkan surah ini bersama ye. dan semoga Allah membukakan pintu rezeki yg seluas-luasnya buat aku..


bertepatan dgn tjuk entry arini ada lagu yg nk aku tinggalkn wat tatapan pembaca (kalw ada) sekalian.. hehe terimalah....


Sudirman (Sudirman)

Aku Penganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur


daa dulu.. :-))
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Tuesday 1 November 2011

MY FIRST ENTRY

Assalamualaikum..
First of all aku nk mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala yg tlh membuka hati ini utk wat blog ni. tentu ada sbb knp tiba2 hati ini ternuka utk wat blog ni. mgkin ada bnyk ilmu dan crita yg blh dikongsikan di sini. second, semestinya aku nk kata terima kasih kpd one of my besties cik unguisme krn telah membantu aku dlm meng 'create' blog tercinta aku ni (bkn bantu lah sbnrnya dylah yg create utk aku smpai nama ni pun dy yg suggest hehe almaklumlah buah cempedak diluar pgr...) heh heh.. yg sbnrnya aku sendiri tak decide lagi bentuk penulisan yg aku nk smpaikan kat sini.. korg smua tunggu jelah entry2 aku yg selanjutnya eh..

ok untuk arini sbg episod pengenalan aku cuma nk share about my happy family (mcm tjuk karangan BI bdk ting 2 je..hehe) aku anak ke-3 drpd 4 org adik beradik. alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi krn aku masih lagi mempunyai mak n abah yg sgt sporting dan very supportive. seterusnya along aku yg skrg ni mcm big boss kat rmh ni. almaklumlah dy yg bnyk menyumbang pd family ni, sudah berkhwin n ada sorg baby girl yg cute n very active (aku yg tlg jg skrg ni ok).. abg aku the one n only, manja, degil n org yg paling suka nyakat aku dr kecik smpai skrg. yg pnting dy nk kawen thn depan (insyaallah) so xdelah org kacw aku lg.. hahaaha lastly adik aku dy ni len skit degil, xbnyk ckp tp skali ckp BISA oooo... ok ni aku selitkn sikit pic family aku yg hepi ni utk tatapan korg..kot2 la terjumpa tepi jln lehla tego.. heheehe

pic ni di ambil ms ry aidilfitri kat kpg aku at batu pahat



ok sambung.. pasal aku plak. i'm a simple person, talkative, caring n so on la.. angkat bakul plak nnti. buat pengetahuan smua aku baru sj konvo dua minggu yg lps di UPM, Serdang. slama 4 thn ni aku mengabadikan diri di sana utk bljr bimbingan dan kaunseling. aku pun tak tau cmne aku leh tercmpak kat bdg ni. mgkin ini adlh tkdir Allah utk aku supaya aku dpt membantu org lain dan sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.. ok tknk cte pnjg2 inilah aku. :-))


ok kat sini gak aku nk crita yg aku jmpe fmly baru ms aku blaja kat UPM dulu.. mereka adalah kwn baik aku.. kami selalu guna word besties.. org2 yg slalu berkongsi ssh dan sng, sht dan sakit ms aku hdp di uni dulu.. nk tau sape dyorg jeng3... here they are..


ok dari kiri tu aku, sblh aku tu nama dy mimi the youngest, sebelah lin tp we all called her lilik (nama manja tu) huhuhu.. n yg kanan skali tulah cik unguisme ipa.. org yg tlg aku wat blog nilah.. rsnya2 stakat ni dulu kot utk kali pertama ni. ckup la tu kan. nnti2 kita smbung cte lg.. cuma ada sst yg brmkna nak aku tgglkan utk arini. phrase ni aku jmpe kat fb siang td jd aku nk pinjam kata2 ni n share kat blog baru ni.. renung2kn slamat beramal...


‎~✿..Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa K...ERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..✿~
TERIMA KASIH SUDI BACA!!