Thursday 21 February 2013

Tips Berhadapan dgn Bos yang cerewet dan Mengurus Stress

Kenapa saya pilih tajuk ini untuk entry kali ni ye?
Hmm dipendekkan cerita beginilah ye, saya ni kat sekolah ada banyak bos. Yelah kan semua Penolong Kanan kat sekolah tu semuanya bos saya. Jadi semuanya ada permintaan masing-masing mengikut citarasa masing-masing. 'Demanding' orang jawa kata. Jadi kita yang orang bawahan ni terpaksalah menurut perintah... huhu

Dan baru-baru ini saya mendapati salah seorang daripada bos saya ini teramatlah teliti.. bahasa nakalnya CEREWET maaaa. Semalam saya tersangat la stress disebabkan ingin memenuhi kecerewetan bos ini.. Hampir saja dikunci dalam bilik guru kerana nak menyiapkan kerja yang sebenarnya dah siap.. Ada Faham??? heehehe

cukupla tu tak perlu cerita details sgt ye tak? Yang saya nak tekankan kat sini adalah bagaimana nak berhadapan dgn org yang cerewet ni... Ini penting supaya kita tdk MENAMBAH STRESS yang dah mmg sedia ada.. akhirnya mud kita juga yg swing2 kan.. Ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan tp bukan saya lah yang reka, saya dpt melalui pembacaan. Tujuannya, utk menyelamatkan diri saya dari stress yang melampau.. saya tak nak jadi gila.. heee ok sila view tips di link berikut :


Terima kasih la kpd pakar how to sbb berkongsi tips yang di atas. Setidak-tidaknya dapatla saya control stress saya ni. heee
Nak berkongsi sedikit maklumat yang diperoleh dari kursus yang saya attend 2 hari ni..

Dari Dr. Rohayah Pakar kesihatan keluarga klinik kesihatan Masai beliau berkata :

Menurut kajian yang dilakukan, orang pertama yang paling stress adalah Perdana Menteri 

Golongan kedua paling stress adalah para doktor

 Golongan Ketiga paling stress tak mustahil adalah GURU!

Beliau berkata lagi orang yang stress mudah dapat darah tinggi dan darah tinggi yang tak terkawal akan mengakibatkan STROKE!!!!
Haaaaaaaaaaaaaaa cikgu2 takut tak???
Kalau takut baik kita buat apa yang pakar how to tu bgtau.. Tak dapat hilangkan stress sekurang-kurangnya kita dapat kawal stress diri kita cukup la kan... Yelah manalah ada keje yang tak stress kan... 

Ok di bawah ni saya bg extra mcm mana kita nak menguruskan stress.


  
ok sekarang........................................................

tarik nafas... lepas.
tarik nafas... lepas
tarik nafas... lepas

 p/s : Jangan sampai terkentut sudah.. heeeee

Bye2.. :-)  Selamat mengurus stress!                                                                   

TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Saturday 16 February 2013



Assalamualaikum..
Hari ni cik elly terpanggil nak buat entry pasal jodoh lagi.. heeee jgn mrh ye kwn2..
Oleh sebab puas cik elly berfikir seminggu ni dek kerana keresahan hati yg melanda akibat permasalahan jodoh.. maka cik elly memutuskan utk membaca seberapa banyak artikel berkenaan jodoh supaya hati cik elly lebih tenang dan memahami sesungguhnya hakikat jodoh dari Allah S.W.T..
Jadi untuk tujuan yang tersebut cik elly nak kongsikan beberapa penemuan cik elly yang terkesan di hati.. Moga Allah sentiasa bersama cik elly dalam usaha mencari jodoh yang baik...


Pertama...
Berkenaan Wanita melamar Calon Suami

Wanita punya kekuatan yang luar biasa untuk melakukan ini...Sedangkan Islam membenarkan knp perlu kita memandang rendah kepada wanita yang boleh melakukan ini kan kan.. kita seharusnya memandang tinggi wanita ini kerana keberaniannya melamar calon suami yang Allah tentukan buat dia.


  Islam membolehkan wanita mengorak langkah pertama untuk melamar calon suami yang dirasakan sesuai. Wanita Islam tidak semestinya duduk dan tunggu lelaki datang melamarnya, bagaikan menunggu jodoh datang bergolek kepadanya.

          Cara pertama lagi terbaik ialah memintakan wali – yakni ayah – untuk melamar calon suaminya. Cara ini pernah ditunjuk oleh al-Qur’an, ketika seorang ayah berkata kepada Nabi Musa: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini.” [al-Qashash 28:27] Ayat di atas menunjukkan bagaimana seorang wali melamarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki. Oleh itu jika seorang wanita itu ingin melamar calon suaminya, dia boleh – malah patut – meminta agar walinya melamar calon suami tersebut.

          Cara kedua ialah meminta orang tengah untuk melamar calon suami. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang menggunakan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamat Umm Salamah. Penggunaan orang tengah bukan sahaja bagi lelaki melamar calon isteri tetapi boleh juga bagi wanita melamar calon suami.

          Apabila memilih orang tengah, pilihlah orang yang berpengalaman dalam hal ehwal rumahtangga, pandai memberi nasihat, mengenali calon yang bakal dilamar dan amanah menjaga rahsia. Ciri-ciri ini membolehkan orang tengah tersebut menilai sama ada lamaran yang dicadangkan itu sesuai atau tidak dan apa-apa perkara-perkara tambahan yang perlu diperhatikan oleh kedua-dua bakal suami-isteri. Jangan memilih orang tengah yang sebarangan, dibimbangi mudarat melebih manfaat dalam proses lamaran tersebut.

          Cara ketiga ialah wanita melamar terus calon suaminya. Sahl bin Sa’ad menerangkan bahawa seorang wanita pernah datang menawarkan dirinya menjadi isteri Rasulullah. Rasulullah tidak menerima lamaran tersebut, namun tidak menegur atau menasihati sikap wanita tersebut yang dengan berani melamar terus kepada baginda. [Shahih Muslim, no: 2554]
          Mungkin ada yang berpendapat seorang wanita patut memiliki sikap malu untuk melamar terus calon suaminya. Pendapat ini perlu dibetulkan bahawa seseorang itu tidak sepatutnya malu-malu melakukan apa yang halal lagi dibolehkan oleh agama. Sikap malu hanyalah terhadap apa yang dilarang dan ditegah oleh agama. Berkenaan sikap malu ini, Anas bin Malik menerangkan:
          “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada baginda (untuk dijadikan isteri).” Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah anda berhasrat padaku?” Anak perempuan Anas (yang turut hadir saat itu) berkata: “Alangkah sedikitnya rasa malu dia.” Anas berkata: “Wanita itu lebih baik berbanding kamu sebab dia suka kepada Nabi sehingga dia menawarkan dirinya kepada baginda.” [Shahih al-Bukhari, no: 4726]
          Oleh itu seorang wanita boleh melamar terus kepada calon suaminya jika dia yakin tindakannya itu akan tetap menjaga maruahnya dan lamaran tersebut akan diberi pertimbangan serius oleh calon lelaki tersebut. Sebaliknya jika lamaran secara terus akan menjadikan wanita itu sebagai subjek gossip dan lawak jenaka, maka lebih baik beralih ke cara pertama dan kedua yang diterangkan di atas.

Kedua 
Cik elly nak kongsikan doa pendekat jodoh yang baru saja cik elly amalkan beberapa bulan yang lalu.. Semoga Allah memakbulkan doa cik elly dan kalian semua.. amin...


Ketiga 
Pesan dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah 
~Setiap kali Sebelum keluar rumah jangan lupa untuk berniat semoga Allah temukan aku dengan jodoh yang baik~
~Sekiranya mendapat soalan "Bila nak kawin?" jawablah dgn hati yang tenang sebegini " Doakan saya dapat yang terbaik ye" Insyaallah org lain itu akan mendoakan kita.

Akhir sekali cik elly terjumpa kata2 ini sebagai penguat semangat.
selama kita menunggu
sekuat mana kita setia
sehebat mana kita merancang
seteguh mana kita bersabar
sejujur mana kita menerima ketentuan dari-Nya


jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya
tapi, jika takdir Allah menentukan. . .yang mana kita bukan dengan dirinya kita tidak akan bersama dengannya


karena tulang rusuk dan pemiliknya takan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.
tiada yang "kebetulan" melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baiknya rancangan adalah dari Allah


 Harap lepas ni cik elly akan lebih tabah dalam pencarian jodoh cik elly dan sentiasa berdoa agar Allah memberkati setiap usaha yang cik elly lakukan. Walaubagaimanapun cik elly yakin 100% pada ketentuan Allah, Qada dan Qadar  serta segala janji-janji NYA.. 
Jadi kawan2 yang masih single jgn risau atau takut ye... Allah Pasti menunaikan apa yang telah dijanjikan. Cuma kita manusia yang seringkali alpa dengan nikmat dan tipu daya dunia... Muhasabah dan Audit Diri... Sampai Jumpa lagi... Lots Of Love


TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Friday 15 February 2013

Sambal Tempoyak



Inilah salah satu menu makan tengah hari saya hari ni.
Sambal Tumis Tempoyak 
Makan Sekali pasti nak lagi
heeeeeeeeee

Sebenarnya saya belajar makan ni from one of my besties Cik Mimi Nazira
Dia memang asal dari nogori sembilan 
Tapi saya tak tipu sambal tempoyak dia mmg sedap sehingga menjilat jari
nak2 makan dengan nasi panas, pon sodap!
Dah lama tak mkn air tangan beliau ni
dulu masa kat kolej time dia balik kampung dapatlah kitaorg merasa

BTW, Now saya dah pandai buat sendiri
Dulu kali pertama mmg tak sama langsung dgn cik Mimi ni buat 
Tapi ni ntah yg kali ke berapa dah ada sama sikit rasanya 
heeeeeeeeeee
tapi takkan sama dgn air tgn kamu lah darling..

Macam mana nak buat ni??? 
heee senag je malu pulak kite nk bgtau kome2 mesti lagi teror kan2
Masak je sambal tumis lada cili tu ltk bilis lastly baru masukkan tempoyak.. 
SIAP!

SODAPPPP....
Tambahan pulak menu hari ni Ikan Tongkol masak kicap + Pucuk paku masak lomak
Yummmyyyyyyyyyy 
mmg menjilat jari
Tapi ttp rindu dgn sambal tempoyak buatan cik Mimi 
entah bila dpt rasa lagi kan... hhuhu
kangan sama kamu nih... 
nak bagi mimi try sambal akk ni pastu bagi bintang eh.. 
heeeee :-) 
Lots Of Love >3


TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Tuesday 12 February 2013

HATI

Bila Hati Mula Resah...

Mengapakah???

Barangkali sudah lama tidak berlama-lama di tikar sembahyang

Barangkali syaitan selalu sangat datang berbisik

Sesekali merasakan kedudukan yang seakan tergugat

Mengapakah???

Semakin lama difikirkan semakin sayu rasanya yang sekeping ini

Semakin gelisah pula lagaknya setiap hari...

Jawapan apa yang ku nanti?

bagi meredakan keresahan ini

Aku sendiri tak pasti... Sampai Bila kan Berakhir... 

Duhai hati....... Berrsabarlah... saatnya belum tiba untuk kau ketahui..

Masih berada di balik rahsia Ilahi 

SABAR ITU INDAH... 




TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Wednesday 6 February 2013

i Love My Job

saya suka kerja saya
saya sayang kerja saya
saya sangat suka kerja saya
saya sangat sayang kerja saya
I LOVE MY JOB VERY MUCH!!

Tapi hakikat kerja ni kadang2 seronok 
kadang2 tak seronok
kadang seronok sbb dapt buat keje dgn baik
PUAS HATI dgn diri sendiri
Kadang rasa down bila tgk keje yg tak abes2 dan ada org complain hmmm
kadang2 kena buat benda tak betul utk nampak betul
kdg2 buat benda betul pon nmpak tak betul
FAHAM TAK???? 

itulah kerja saya... 
keje dgn manusia tak sama keje dgn mesin.
kalau ckp dgn mesin, mesin tak reti nk menjawab
tapi keje dgn manusia mcm2 respon kita dpt
respon Positif ALHAMDULILLAH
respon Negatif ASTAGHFIRULLAH... sabo jelaaaaa

Buat betul org mengata 
Buat tak betul lagi org nak kata
Haissshhhh manusia manusia... 
Akhirnya saya buat konklusi begini 

Ini kerjaya yang saya pilih dengan niat kerana Allah
Oleh yg demikian, saya akan bertabah! huhu
Mungkin ini ujian Allah utk sy lebih masak dan matang dlm bidang ini. 
Bila Allah bg sy ujian begini bermakna saya mampu menghadapinnya.. 
dan dan dan....
Mungkin Allah sygkan saya dan mahu mendidik saya menjadi insan yang SOD BA RO 
SABAR ITU INDAH..












TERIMA KASIH SUDI BACA!!