Saturday 16 February 2013



Assalamualaikum..
Hari ni cik elly terpanggil nak buat entry pasal jodoh lagi.. heeee jgn mrh ye kwn2..
Oleh sebab puas cik elly berfikir seminggu ni dek kerana keresahan hati yg melanda akibat permasalahan jodoh.. maka cik elly memutuskan utk membaca seberapa banyak artikel berkenaan jodoh supaya hati cik elly lebih tenang dan memahami sesungguhnya hakikat jodoh dari Allah S.W.T..
Jadi untuk tujuan yang tersebut cik elly nak kongsikan beberapa penemuan cik elly yang terkesan di hati.. Moga Allah sentiasa bersama cik elly dalam usaha mencari jodoh yang baik...


Pertama...
Berkenaan Wanita melamar Calon Suami

Wanita punya kekuatan yang luar biasa untuk melakukan ini...Sedangkan Islam membenarkan knp perlu kita memandang rendah kepada wanita yang boleh melakukan ini kan kan.. kita seharusnya memandang tinggi wanita ini kerana keberaniannya melamar calon suami yang Allah tentukan buat dia.


  Islam membolehkan wanita mengorak langkah pertama untuk melamar calon suami yang dirasakan sesuai. Wanita Islam tidak semestinya duduk dan tunggu lelaki datang melamarnya, bagaikan menunggu jodoh datang bergolek kepadanya.

          Cara pertama lagi terbaik ialah memintakan wali – yakni ayah – untuk melamar calon suaminya. Cara ini pernah ditunjuk oleh al-Qur’an, ketika seorang ayah berkata kepada Nabi Musa: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini.” [al-Qashash 28:27] Ayat di atas menunjukkan bagaimana seorang wali melamarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki. Oleh itu jika seorang wanita itu ingin melamar calon suaminya, dia boleh – malah patut – meminta agar walinya melamar calon suami tersebut.

          Cara kedua ialah meminta orang tengah untuk melamar calon suami. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang menggunakan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamat Umm Salamah. Penggunaan orang tengah bukan sahaja bagi lelaki melamar calon isteri tetapi boleh juga bagi wanita melamar calon suami.

          Apabila memilih orang tengah, pilihlah orang yang berpengalaman dalam hal ehwal rumahtangga, pandai memberi nasihat, mengenali calon yang bakal dilamar dan amanah menjaga rahsia. Ciri-ciri ini membolehkan orang tengah tersebut menilai sama ada lamaran yang dicadangkan itu sesuai atau tidak dan apa-apa perkara-perkara tambahan yang perlu diperhatikan oleh kedua-dua bakal suami-isteri. Jangan memilih orang tengah yang sebarangan, dibimbangi mudarat melebih manfaat dalam proses lamaran tersebut.

          Cara ketiga ialah wanita melamar terus calon suaminya. Sahl bin Sa’ad menerangkan bahawa seorang wanita pernah datang menawarkan dirinya menjadi isteri Rasulullah. Rasulullah tidak menerima lamaran tersebut, namun tidak menegur atau menasihati sikap wanita tersebut yang dengan berani melamar terus kepada baginda. [Shahih Muslim, no: 2554]
          Mungkin ada yang berpendapat seorang wanita patut memiliki sikap malu untuk melamar terus calon suaminya. Pendapat ini perlu dibetulkan bahawa seseorang itu tidak sepatutnya malu-malu melakukan apa yang halal lagi dibolehkan oleh agama. Sikap malu hanyalah terhadap apa yang dilarang dan ditegah oleh agama. Berkenaan sikap malu ini, Anas bin Malik menerangkan:
          “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada baginda (untuk dijadikan isteri).” Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah anda berhasrat padaku?” Anak perempuan Anas (yang turut hadir saat itu) berkata: “Alangkah sedikitnya rasa malu dia.” Anas berkata: “Wanita itu lebih baik berbanding kamu sebab dia suka kepada Nabi sehingga dia menawarkan dirinya kepada baginda.” [Shahih al-Bukhari, no: 4726]
          Oleh itu seorang wanita boleh melamar terus kepada calon suaminya jika dia yakin tindakannya itu akan tetap menjaga maruahnya dan lamaran tersebut akan diberi pertimbangan serius oleh calon lelaki tersebut. Sebaliknya jika lamaran secara terus akan menjadikan wanita itu sebagai subjek gossip dan lawak jenaka, maka lebih baik beralih ke cara pertama dan kedua yang diterangkan di atas.

Kedua 
Cik elly nak kongsikan doa pendekat jodoh yang baru saja cik elly amalkan beberapa bulan yang lalu.. Semoga Allah memakbulkan doa cik elly dan kalian semua.. amin...


Ketiga 
Pesan dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah 
~Setiap kali Sebelum keluar rumah jangan lupa untuk berniat semoga Allah temukan aku dengan jodoh yang baik~
~Sekiranya mendapat soalan "Bila nak kawin?" jawablah dgn hati yang tenang sebegini " Doakan saya dapat yang terbaik ye" Insyaallah org lain itu akan mendoakan kita.

Akhir sekali cik elly terjumpa kata2 ini sebagai penguat semangat.
selama kita menunggu
sekuat mana kita setia
sehebat mana kita merancang
seteguh mana kita bersabar
sejujur mana kita menerima ketentuan dari-Nya


jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya
tapi, jika takdir Allah menentukan. . .yang mana kita bukan dengan dirinya kita tidak akan bersama dengannya


karena tulang rusuk dan pemiliknya takan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.
tiada yang "kebetulan" melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baiknya rancangan adalah dari Allah


 Harap lepas ni cik elly akan lebih tabah dalam pencarian jodoh cik elly dan sentiasa berdoa agar Allah memberkati setiap usaha yang cik elly lakukan. Walaubagaimanapun cik elly yakin 100% pada ketentuan Allah, Qada dan Qadar  serta segala janji-janji NYA.. 
Jadi kawan2 yang masih single jgn risau atau takut ye... Allah Pasti menunaikan apa yang telah dijanjikan. Cuma kita manusia yang seringkali alpa dengan nikmat dan tipu daya dunia... Muhasabah dan Audit Diri... Sampai Jumpa lagi... Lots Of Love


TERIMA KASIH SUDI BACA!!

3 comments:

Anonymous said...

like like..insyaallah masa tu akan tiba jua kan..

Unknown said...

lega sikit baca entry akak yg nih...

the secret life of elly said...

kan.. mimi nazira... akak pon.. heee