Sunday 24 November 2013

Kisah Aku dgn Sahabat Baik

Assalamualaikum..
ermm tiba2 malam ni saya terpanggil utk membuka kisah ini kpd semua. Actually baru lepas stalk FB dia.. Kui3.

Dia salah seorang sahabat baik saya semasa zaman Universiti. Saya tak tahu kenapa Allah kurniakan dia pada saya waktu itu. Yg 3 lg my besties tu da selalu saya ceritakan kat sini. Saya tak pernah cerita pasal dia pada sesiapa. Jarang buka cerita pasal dia. Dia seorang LELAKI.. Tetttt dengar dulu cerita ni sampai habis sebelum buat apa2 andaian hokeyyy.

Bagi saya dia seorang yang istimewa. Saya kenali dia secara tak sengaja sewaktu mengikuti aktiviti Kolej Canselor tercinta CIC yg ke berapa dah tak ingat. Masa jadi peserta tak kenal langsung sebab kami berbeza jurusan. Tapi masa jadi instructor tiba-tiba je jadi rapat. Dia Caring, bersahaja, selamba, sempoi yang paling saya suka sbb dia berilmu kerana dia banyak pengalaman. Setiap soalan yg saya tanya pada dia mesti ada jawapannya sama ada berbentuk joking atau serius. Dia suka kan nature sama macam saya. Sebab tu kita boleh jadi sahabat baik.

Ok.. As u know lelaki dan perempuan kalau berkawan tak menimbulkan kontroversi tak sah. Jujur saya suka berkawan dengan dia tapi tak de langsung perasaan nak bercinta sebab saya hormat pada status dia yg dah ada GF waktu tu. Niat saya hanya nak berkawan tapi disalahertikan oleh sahabat2 yang terlalu mengambil berat mungkin yang tanpa usul periksa mengatakan saya mahu merampas dia dari tgn GF dia waktu tu... Hadoiii kecoh la waktu tu.. Sori sikit saya tak berminat dgn isu2 begini. sesekali ingin juga saya "bahasakan" si pembawa cerita tapi berkat kesabaran saya tak la berlaku sedemikian. Malahan saya lah org yg selalu mengingatkan sahabat baik saya ni agr jgn lupakan GF dia tu. Tula lain kali tak tau tanye. Tapi saya dah maafkan org yg buat cerita tu. Kalau awak baca entry ni saya dah maafkan awak tau.

sampai praktikal masa kat Shah Alam dulu kami masih rapat. Malah semakin rapat sehingga kan saya jadi bimbang sebab saya tahu dia punya kekasih hati.. Tetapi hati lelaki kan... mudah goyah lebih2 lagi bila bergaduh dgn GF.. Hai laaa lelaki. sbb tu ada pepatah kata "kalau lelaki ada mslh jgn cari perempuan begitulah sebaliknya kerana ia akan membuka pintu kecurangan". Mcm tu punye rapat pun saya selalu nasihatkan dia agr berhubung dgn GF dia. Sbb saya sygkan dia sbg seorang sahabat. tak lebih dari tu. Walaupun hakikatnya kalau saya nak caras boleh sangat waktu tu. tettt... tapi saya bukan perempuan begitu. Saya menghormati hak perempuan lain. Walaupun sebenarnya belum hak pun lagi. huhu

Rupanya pertemuan yang diatur Allah tak kekal lama. Dia pernah bagitau saya "Kita Akan Kekal Kawan Sampai Bila2" ye betul kata dia kita mmg kawan sampai bila2. tapi ada sesuatu yg dia kurang jelas di sini. Lelaki dan perempuan x kan jadi kawan sampai bila2. kita ada cas positif dan negatif. Sejauh mana berkawan pasti ada perasaan. saya percaya itu. tapi susah nak memberi kefahaman pada sahabat saya yg seorang ini. Lebih2 lagi bila dia bagitau saya yg dia akan mengakhiri zaman bujangnya tak lama lagi. Sikapnya yg terlalu bergantung dgn saya buat saya risau sebab korg faham la kan bila org dah kawen ni. Saya gembira dgr berita tu labih2 lagi dia ingin menikahi perempuan yang mmg dah lama dia berhubungan. Saya salute dy sbb dia setia. Saya pun seorang yg setiaa tapi bukan dengan dia. Heh heh

Saya tak tahu apa yg mendorong saya. Bukan memutuskan silaturrahim tapi hanya menjauhkan diri sementara. Saya kenal dia dan saya dapat jangka apa yg berlaku pada masa hadapan sekiranya saya meneruskan hubungan dgn dia walaupun dgn title sahabat baik, BFF dan yg seangkatan dgnnya. Saya tak mahu menyakiti perempuan lain walaupun antara kami tak de apa2 yg berlaku. Saya menjauhkan diri hingga kini. Tapi tak berapa nak jauh jgk sbb kdg2 saya tgk FB dia nak tahu perkembangan. See bro Aku masih follow cite ko ok. Tadi saya nampak gambar bahagia dia bersama isteri. Saya tersenyum dan saya bangga dengan dia krn kini dia seorang ketua keluarga. Dah lama saya tak contact dia tapi saya rasa masa belum sesuai utk saya kembali berkawan dgn dia sbb isteri dia tak pernah tahu kehadiran saya dlm hidup sang suami walaupun dah berkali2 saya paksa masa saya berkawan dgn dia dulu. huhu (nampak tak..nampak tak)

See, setiap apa yg berlaku bersebab. Aku tau ko tak puas hati sbb aku ambil langkah macam ni. Tapi kita boleh kawal keadaan bro. Kalau ko tak sedar, aku sedar. Aku harap satu hari nanti ko akan faham. Ko jgn takut, aku tau perkembangan hidup ko tru FB la tapi aku tau ko tak tahu perkembangan aku sbb ko buta FB. haha. FB ko tu pun isteri ko yg slalu update. Sabar ea bro aku janji kita akan jadi kawan semula satu hari nanti.. Bila??? Mestilah bila aku dah jumpa dgn Zauj aku.. Masa tu ko akan bersahabat baik dgn dia jugak! I Like.. Ko jgn rasa kehilangan aku sbb doa aku sentiasa bersama ko dan isteri.. In Shaa Allah aku berdoa Allah akan sambungkan semula ukhuwah kita bila sampai waktunya nanti.... Aku berani tulis ni sbb aku tau ko takkan jumpe blog aku ni. Fb pun ko xreti lagilah nk berblog... Hahaha

Salam Persahabatan...
TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Tuesday 19 November 2013

Entri Tanpa Tajuk

Fuh Fuh Fuh... Buang habuk kat blog ni.. hee
Assalamualaikum...
Jumpa lagi di my baby blog..
Entri kali ni tanpa tajuk sbb cik Elly nk compact kan cerita dlm satu entri je..
Maaflah lama dah tak buka cerita.. Almaklum la penghujung tahun ni semua cikgu kena PECUT nak sampai ke garisan penamat.. Tettt
hari ni cik Elly x nak cite pasal keje.. klise sgt..

FIRST,  nak share yang bilik tido cik Elly dah siap... After Renovate.. Tadaaaaaaaaaa


nila hasilnya selepas di renovate aritu. dpt jgk kaler pepel tp xsama mcm yg diidamkan. tp xpe, cik Elly sgt berpuas hati dgn hasilnya. Sejak jd begini makin nyenyak cik Elly tido.. hihi 

SECOND, one of my besties hampir menamatkan zaman bujangnya.. beberapa minggu je lg. Harap sgt dia berbahagia bersama pilihan hatinya.. Hepy Wedding Lin + Zam. In Shaa Allah aku dtg majlis korang. Tettttttt... bkn tu sbnrnya subjek arini. Disebabkan beliau hampir jd istri org jd semalam..... Tadaaaaaaaaaa


Kite wat bachelorette party, ladies night gitewwww utk beliau. Sebenarnya x cukup korum mimi xde. tp kite tetap ENJOY... Siap berkarok bagai nyanyi lagu pengantin baru.. Kelasss ko Jah! haha. Ok LIN yg hujung berbaju hitam tu ye.. Cik Elly bila? Masih belum ada yg berjaya memiliki kunci pintu hatiku ini. aicece..

Sikit nak selit pasal kerja.. Tahun 2014 pastinya menguji dan menduga kekuatan mental fizikal dan emosi dalam menjalankan tugas sebagai GBK. eh sebelum tu cik Elly dah amik lesen kaunseling tau. jap eh... Ting!


Pic ni diambil selepas interview nak amik lesen kaunselor berdaftar tu. Alhamdulillah, ada juga pencapaian utk penutup thn 2013 ni. Ok sambung cite keje td, tahun depan cik Elly bakal berseorangan sbg GBK di sekolah menguruskan pelajar seramai hampir 950 org. Harap cik Elly Tabah dan Kuat ye. Sebab Ape??? oppss lupa. sebab kakak partner i dpt sambung belajar cuti 2 tahun bergaji penuh. TAHNIAH KAKAK. nanti saya menyusul. InsyaAllah. 

Ahhhh kalau cite pasal keje sampai bila pun x abes.. Selagi tak menutup mata.. Xpe ibadah kan.. yg penting minggu depan Cik Elly n family akan bercuti ke TERENGGANU! Yeay! TEGANU KITE!
abah belanja katanye.. kui3.. suka3 guling2 sampai pengsan. Sebenarnya banyak lg nak story tp takot xmuat lak.. hee sampai sini dulu ek. Sampai Ketemu. 

Wassalam...




TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Thursday 3 October 2013

HATI YANG PATAH

Hati yang patah



Entri kali ni cuma nak share penemuan yg sangat menengkan jiwa tika ini. Allahu rabbi.. kadang2 Allah turunkan bantuan melalui penulisan org lain... :-)  Jangan pernah berputus asa pada Allah dan bersangka baiklah.. Setiap dugaan yg diturunkan pasti ada hikmah yg menanti.. setiap kehilangan pasti ada gantinya yg lebih baik dari yg kita sangkakan.. Allah Maha Tahu.. Yakin pada Qada dan Qadarnya.. Allah tak bagi apa yg kita mahu tp DIA kurniakan apa yang kita perlu... 


Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.




TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Sunday 25 August 2013

Nak macam ni boleh???

Assalamualaikum..
Akhirnya ada jugak modal cik elly nak berceloteh kat blog ni.. hee Entry kali ni agk menarikla utk cik elly kongsikan...

Sebelum raya aritu my abah adala menyatakan hasratnya utk mozek rumah kami di FELDA nun. (bangga jd ank felda tau).. bincang punya bincang mula2 tak de bajet utk mozek kesemua bilik tidur.. weekend aritu berita menggembirakan, my abah kata "kita mozek satu rumah termasuk bilik tidur". Yippppiiiii, tersangatla hepi dan semakin berkobar-kobar cik elly  nk membeli set bilik tidur yg i idamkan. wink wink.. TQ Abah!

Housemate rmh sewa i kata " apa la ko ni org beli katil time nak kawen nnti".. dgn selamba i jwb u olsss... "nak tggu kawen lmbt lagi lgpun kan leh save bajet beli katil dulu"... kui3... Tp xpela kan nanti bila dah ada rmh sendiri baru boleh beli dgn MR. HUBBY kan... (siapalah tu ek) hee...

Sebelum ni cik elly pernah berfikir nk beli rumah, tapi di sebabkan kewangan yg belum stabil cik elly mengenepikan sebentar hasrat itu.. huhu. jadi berbalik kepada set bilik tidur idaman i ni.. sememangnya i berkenaannn sesangat dgn set tidur ENGLISH STYLE.. Kelasssssssss kau Maria! haha  tp sebenarnya sbb English Style ni KEMAS dan nampak bersih...

Memang terliur laaaa bila window shoping kat internet tadi (canggih kau!) tp apa kan daya harganya terlalu laaaaaaa mahal.. boleh wat muka kereta MYvi lagi satu.. huahua (hiperbola) Jd rasanya cik elly nak pilih yg ala2 ajela ea... yg penting trademark cik elly BIAR TAK CANTIK TAPI KEMAS! hihihi.. KEMAS menjadi ciri utama bilik tidur cik elly nanti.. Jadi bermulalah pencarian idea di internet...

TAraaaaaaAAAA


haaaa.. cantik kan kan! tak taula knp i tak tertarik dgn hijau for my bedroom ni.. i tertarik dgn pepel pulak. Tp warna ni mmg selesa bila dipandang.. I likeeee banyak2.. hee Tapi bukanlah nak sebiji mcm ni... kalau macam ni mau beriban2 duit i keluar nnti... Cik Elly cubalah menjadikan pic ni sbg inspirasi.. HAsilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Tungggguuuuuuuuuuuuuuu... Mudah2an di mudah kan pencarian dan dpt cari set bilik tidur yg memuaskan hati dan MURAH!.. hahaha Taste Tinggi tp ttp nk murah... Gitewwwww... 

Ok lah.. tu je utk entry kali niiii... Bubye olss... 
P/s: kalau cik Elly nak cat bilik kaler tu boleh tak? BRo in Law?? sbb abg ipaq chek sponsor cat.. kikiki




TERIMA KASIH SUDI BACA!!

Wednesday 24 July 2013

Kasih Allah

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..

Ramadhan hampir ke penghujung... Sungguh, tak sedar begitu pantas masa berlalu. Maha Suci Allah yang memberi nikmat bernafas di muka bumi sehingga Ramadhan ke-15 ini. Allah Maha Besar, ku sembahkan sujudku hanya padaMU Ya Tuhan pemilik hati yang kekal...

Dalam meniti Ramadhan ini, KAU tidak pernah lupa menghantar ujian pada Hamba yanng Engkau kehendaki untuk menilai ketulenan iman dan kesucian hati mereka mengasihimu Ya Allah. Mohon di beri kekuatan menghadapi dan menmpuhi dugaan ini.. Pasti hikmah yang menanti lebih besar dari ujian yang tidak seberapa ini.

Jadikanlah aku muslimah sejati. Yang tidak pernah terlupa akan nikmat yang sangat besar engkau berikan. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur walau nikmat sebesar zarah. Sesungguhnya aku hidup di muka bumi ini atas ihsanMU. Apa yang ku minta bukanlah sentiasa yang terbaik maka KAU berikanlah segala kebaikan buat diriku.

Sempena bulan mulia ini, ku persembahkan sujud ikhlas moga kau perkenankan hajatku.. Kurniakan cinta HALAL yang dapat memimpinku ke syurgamu.. Moga dengan Limpah kasih dan sayangmu ini, akan semakin bertambah imanku terhadapMU.. Cinta kepada Muhammad Rasulku. Sesungguhnya ujian itu tanda kasihMu.. Jadikan aku hamba yang bertakwa.. Salam Ramadhan



Tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah


TERIMA KASIH SUDI BACA!!