Friday 1 March 2013

DEMI MASA

Sudah menginjak ke bulan 3 dalam tahun 2013..
Berapa banyak status saya lihat di FB mengatakan :

 "cepatnya masa berlalu"
" sekejapnya dah hari Jumaat"
" ek eh da masuk bulan 3"

Sebenarnya saya juga merasakan perkara yang sama cuma untuk meluah takut dikatakan kufur nikmat. Tidaklah saya kata org2 yang membuat post begitu kufur nikmat. Saya faham, mereka hanya meluahkan apa yang mereka rasa, Tidak salah begitu bukan? Bagaimana pun itu bukan persoalannya.

Pernah saya membincangkan isu ini bersama rakan kaunselor di sekolah saya. Kenapa kita rasa macam tak cukup masa? sedangkan Allah bagi kita 24 jam dalam sehari untuk kita membahagikan antara urusan dunia dan mengumpul bekalan di akhirat. Saya pernah teringat kata-kata seorang ustazah di mana beliau mengatakan seorang yang terasa tak cukup masa adalah orang yang tidak bersyukur. Sentiasa merasakan tidak cukup. Namun, saya bukanlah alim ulamak tidak arif untuk mengupas persoalan in, hanya sekadar mengingatkan diri sendiri.

Jikalau dahulu orang-orang mengatakan waktu itu berjalan tetapi sekarang terasa masa begitu pantas berlari. Isnin bertukar selasa, selasa berganti rabu, rabu bersilih khamis, khamis menginjak Jumaat, Seterusnya Jumaat dijemput Sabtu dan Ahad. Jika dahulu, menghadiri seminar atau mesyuarat sangatlah membosankan kerana jangka masa yang panjang, dari pagi hingga lah ke petang tengok jam berkali-kali mesti terdetik dalam hati lambatnye masa berlalu. Tetapi sekarang, tengok jam pukul 8, tengok lagi pukul 1, tengok sekali lagi dah pukul 5. "eh, da abes program?"

Astaghfirullah... Takutnya saya mengenang waktu-waktu yang berlalu. Apa yang telah saya lakukan sebagai persediaan menghadapi akhirat nanti? Apakah tandanya ini. Hasil pembacaan saya mendapati ini adalah petanda akhir zaman.. Akhir zaman kawan2.. Ma makna??? Apa maksudnya??

Maksudnya...

Kiamat semakin hampir!!!

Makanya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan bersenang-senang sahaja. Harus KEJAR masa berusaha gigih. Menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Persoalannya, BERSEDIAKAH KITA??? Dalam kesibukan memenuhi tuntutan duniawi, jangan lupa mengisi keperluan rohani, mempertingkat ibadah dan mengumpul pahala sebagai jambatan KE SANA...

Teringat juga saya pada usia yang semakin meningkat. Baru sahaja melepasi sambutan usia jubli perak setahun lalu, kini bertambah setahun lagi, Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang bernafas di muka bumi ini. Namun, Dalam hidup penuh gembira ini, Jangan di lupa bila-bila masa kita akan menyahut seruan Ilahi ' KEMATIAN' pasti kan datang menjemput... Bermuhasabahlah.

Ya Allah, andai aku terlupa, KAU ingatkanlah..

Jadi, untuk entry kali ini, saya tinggalkan anda dengan surah ini bersesuaian dengan topik entry saya kali ini. Semoga memberi manfaat.


Hidup Mati kerana Allah
 Muhasabah dan Audit diri, Kalau bukan sekarang Bila Lagi???






TERIMA KASIH SUDI BACA!!

No comments: