Wednesday 2 January 2013

ITULAH NAMANYA PENGALAMAN..

Arini 2/1 2013 first day bdk2 kembali ke sekolah. emm cikgu dah kembali ke sekolah seminggu yg lalu. Arini cik Elly nk cite pengalaman cik elly handle program orientasi tingkatan 1... Walaupun dah hampir 1 Tahun berkhidmat di sekolah ini, tapi sebelum ni cik elly tak pernah wat benda2 gini.. Almaklumlah umur baru setahun jagung, kalau baby baru nk bertatih gitu, yg dah jln tu kira advance la.. hehe

Kebetulan partner cik elly cuti bersalin, maka dengan rasmilah cik elly perlu menguruskan program ini secara bersendirian. Tapi cik elly berbangga dan berterima kasih pada semua cikgu SMKPJ yg membantu secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan program ini. Mereka ini memang luar biasa. Semenjak cik elly mengenal mereka setahun yg lalu, mereka memang golongan yg hebat. Yang paling hebat adalah kerana mereka TAHU dan FAHAM peranan masing-masing. Cik elly tabik springggg pada mereka (toink..toink) adalah TERSANGAT penting kita perlu tau dan faham peranan kita sebagai seorang guru kerana ia bkn sahaja dpt membantu diri tetapi juga membantu pihak2 yang lain.

Arini cik elly dtg sekolah awal sbb nak wat persediaan. Teruja cik elly nk jumpa dgn2 pelajar-pelajar baharu tingkatan 1. Masuk je dlm dewan cik elly terdetik, baiknyaaa budak form 1 tahun ni. jalan pon tunduk aje.. alahai cute seyh... harap-harap mereka ini akan mengekalkan sifat baik ini selama mana bergelar pelajar SMKPJ (Bersangka baik) 

Cik elly mmg penat sgt hari ni. Skill cik elly mmg benar2 tercabar arini. Tapi apa yg cik elly nk highlight kan kat sini adalah bekerja dengan golongan profesional mmg sgt berbeza. Paling penting juga bekerja dengan mereka2 yg sangat2 memahami. Andai cik elly tersilap tak pernah pula cik elly dimarahi malah diperbetulkan salah itu dengan cara yang sangat berhemah. Cik elly salute pada akak2 ni. Cik elly juga terasa semua urusan hari ni di permudahkan. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusanku dengan menghantar perantara yg sangat banyak membantu sehingga segala urusan berjalan lancar. Cik elly bersyukur kerana dikurniakan rakan sekerja yg sgt memahami dan banyak membantu baik dari pihak pentadbir sehingga lah ke guru biasa. Terima kasih wat akak2 yg banyak membantu dan bagi tunjuk ajar secara PERCUMA pada saya.. Jasamu Dikenang! 

Cik elly berdoa agar hubungan baik ini akan kekal selamanya...bagi membantu perkembangan kerjaya cik elly kelak.. Sambi berbaring di atas katil yg baru je cik elly beli ni cik elly terfikir.. INILAH NAMANYA PENGALAMAN... agak2 karangan cik elly ni boleh dpt A tak ek? heeeeee sekian 

TERIMA KASIH SUDI BACA!!

2 comments:

cikgu melah said...

A+!! Hehehe

the secret life of elly said...

hehehe.. patotnye tanye leh dapat band brape ni kan..kan..kan.. hehhe