Friday 4 January 2013

RAHSIA HIDUP AKU

Aku anak felda.. 
Aku tidak malu mengaku aku ank felda.
Satu masa dulu aku pernah bersekolah di SMK Bandar Easter (Kategori Luar Bandar) selama hampir 7 tahun. Dari tingkatan 1 hingga ting 6 atas.

Aku  pernah ditawarkan utk ke ting 6 di SMK Laksamana Kota Tinggi (Kategori Bandar & Cemerlang) dlm aliran sains dan bersekolah di sana hampir mencecah 5 bulan.
Aku membuat keputusan besar yg merubah hidupku hingga kini sewaktu berusia 18 thn. AKu gagal dlm SPM terutama dlm subjek Sains. Ayahandaku adalah org yg paling kecewa. Oleh yg demikian aku mengambil keputusan utk menukar aliran. Kembali ke alirn sastera dan kembali semula ke SMK Bandar Easter. 

Malu mmg sgt sgt malu.. Pelajar kelas sains yg sepatutnya masuk Universiti pulang semula ke sekolah utk mengambil STPM! Oh My Allah Maluuuuuuuuunya saat ini. 
Sebelum itu, bkn mudah utk kembali. Pelbagai kata2 sinis yg aku terima terutama di SMK Laksamana. Seorang guru penyelaras Ting 6 ketika itu, kata2 yg ditinggalkan amat terkesan hingga kini. 

" Betul awk nak kembali ke SMK Bandar Easter?" Di sini peluang awk lbh cerah utk ke menara gading.  melihat aku yg begitu tekad utk kembali. maka kata2 ini dilontarkan padaku. " kalau betul awk nak sekolah sana awk kena pastikan awk masuk universiti" 
Bagaimana mungkin aku pastikan sdgkan keyakinanku mula pudar dek takut disebabkan sekolah easter baru masuk batch ke-3 utk pelajar ting 6. Guru2 di sana juga krg pengalamannya. Nak dibandingkan dgn SMK Laksamana mmg jauh beza waktu ini... 

Namun aku jdkan lontaran kata2 itu sbg pemangkin semangat utk aku terus mencipta kejayaan. Paling penting menebus kekecewaan ayahanda ku. 

Alhamdulillah kini aku bergelar seorang Guru di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang. Ayahanda ku adlh org yg paling gembira. Maaf abah krn lama menunggu. Atas jasa guru di SMK BAndar Easter dan usahaku akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke menara gading dan mencapai cita-citaku. 

DAN ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU KERANA  KINI GURU PENYELARAS TING 6 DI SMK LAKSAMANA DAHULU ADALAH RAKAN SEJAWATKU... Teringin sekali memberitahu kepada beliau " kejayaan ada di mana2 cikgu" tapi itu dah kategori riak kan.. Pernah satu hari cikgu ini bertemu dan bertanya "awk org kota tinggi, dulu sekolah mana?". Dengan bangga aku menjawab BANDAR EASTER... 

Ya, kejayaan ada di mana-mana yg penting usaha.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Begitu besar peranan cikgu dlm hidup aku hingga aku menjadi aku yg sekarang. termasuklah CIKGU ITU, terima kasih kerana mencabar saya. Walau bagaimana pun aku ttp hormat pada CIKGU ITU krn cabaran yg dy bg pada aku jgk adalah penyumbang kpd kejayaan aku sekarang. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG PERNAH MENJADI CIKGU AKU!


TERIMA KASIH SUDI BACA!!

4 comments:

Unknown said...

orang always cakap mcm2.. hmm.. rezeki ade kat banyak tempat..
you are the great one sist! love u

Unknown said...

da jadi cikgu pun kan..hehe.. btw ma ngan abah adalah yg pling gumbira..hoho. tahniah2..


budak ciput said...

u strong girl!
go.. go elly!
:)

the secret life of elly said...

thanks ladies... kamu semua berada di balik kejayaan ini. ;-) luv u ladies..