Friday 19 October 2012

KASIHAN MEREKA...

Semalam saya tak boleh tidur, memikirkan nasib anak didik saya.. Saya berada dalam Dilema.. semuanya kerana PBS. Saya tertanya-tanya dengan diri saya adakah saya perlu memberi band 4 kpd pelajar saya atau sebaliknya, kerana saya tahu berdasarkan kriteria yang diberikan masih ada yg belum layak mendapatkannya. Tapi saya KASIHANKAN mereka. Saya ingin membantu mereka, Saya ingin mereka cemerlang!!!  
        
                 Isnin lepas, untuk SATU SAHAJA eviden yang akan melayakkan mereka utk memperoleh band 4 bagi bahagian akhlak, saya telah meminta pelajar saya melukiskan sebuah POSTER bersaiz A4 sahaja tentang adab menuntut ilmu dan sepatutnya mereka menghantarnya pada petang tadi. Atas dasar prikemanusiaan, saya tdk ksh rupa bentuk poster berkenaan selagi ia menepati tajuk yg diberikan. Sebagai pulangan utk poster yang diberikan, saya berjanji akan memberikan band 4 utk semua pelajar saya bagi bahagian akhlak. 
                  
                Alangkah KECEWA nya saya kerana hanya terdapat 7 org sahaja drpd 24 org pelajar saya yg menghantar poster mereka pada hari ini. Sebak dada saya sehingga bergenang air mata... Inikah Generasi Y yg bkl mengoncang dunia satu hari nanti??? Tidak Mahukah mereka dengan keputusan yg cemerlang lagi??? sudah penatkah mereka berhadapan dengan PBS??? di mana USAHA mereka??? 
Ini kali kedua saya dikecewakan. Pertama, saya memberi tempoh SATU MINGGU pada pelajar saya utk menghafaz potongan ayat Al-Quran tidak melebihi 6 ayat. tapi saya dikecewakan. Andai  mereka tidak pandai membaca saya RELA membantu, Andai mereka tdk kenal huruf akan saya usahakan hingga mereka boleh mengenlnya.. Tapi, saya knl pelajar saya... bukan kerana mereka tdk boleh membaca, tetapi SIKAP mereka telah menjatuhkan diri mereka sendiri sehingga saya tdk boleh memberikan mereka band yg tinggi sebagaimana yg diidam-idamkan. Saya krg pasti mereka benar2 fhm akn konsep PBS atau sebaliknya. Apa yg saya dapati drpd kelas PBS yg saya jlnkan ialah :




  • Pelajar MALAS ke sekolah kerana hari2 terpaksa berhadapan dgn PBS 
  • Pelajar ttp TIDAK HADIR walau guru memberitahu esok akan dijalankan PBS. 
  • Pelajar KURANG BERUSAHA dan hanya bergantung kpd bantuan guru utk menjawab PBS. 
  • Pelajar lebih rela mendapat band yg RENDAH daripada terpaksa membuat bnyk kerja utk band yg tinggi. 
  • Pelajar TIDAK KISAH sekiranya guru mengugut tdk akan memberi band yg tinggi kpd mereka. 
  • PELAJAR SAYA TIDAK ADA MATLAMAT!!!!

Kasihan Mereka..
Semoga Allah membuka hati-hati mereka utk terus berusaha dan berjuang di medan Jihad si Pencari Ilmu. 

TERIMA KASIH SUDI BACA!!

2 comments:

Husna Adilah said...

:o) First time visit to your blog :)
cantik gile blog! ^_^

Happy Writing kak!

the secret life of elly said...

hehe.. thanks husna.. :-)